Friday, August 3, 2012

Transfer Target : Baddrol Bakhtiar

Saingan Liga Super untuk musim 2012 telah pun tamat dimana Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan yang diraih pada musim 2011 dengan sekali lagi menjadi juara Liga Super meninggalkan pasukan seberang tambak. Lions XII selaku naib johan dan Selangor di tangga ketiga.


Walaupun saingan Piala Malaysia belum pun lagi bermula, pasukan-pasukan utama Liga Super sudah mula mengorak langkah awal mendekati pemain-pemain yang mereka idamkan, tidak ketinggalan juga pasukan Kelantan. 

Setiap kali akhir musim, nama Baddrol Bakhtiar pasti menjadi sebutan penyokong-penyokong Kelantan. Beliau kini sudah hampir dua musim dikaitkan dengan Kelantan namun kesetiaan beliau dengan pasukan Kedah menjadi penghalang kepada penghijrahan ini berlaku.

Untuk musim ini, peluang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini tampak cerah apabila masa depan pasukan Kedah masih belum terjawab. (sama ada beraksi di Liga Perdana atau kekal di Liga Super)


Dengan kepadatan jadual yang akan dihadapi Kelantan pada musim hadapan dan faktor usia Badhri Radzi yang kini mencecah angka 30, penambahan Baddrol Bakhtiar dilihat amat wajar kerana untuk musim 2012, Badhri Radzi dilihat tidak mempunyai rehat yang cukup dimana beliau terpaksa diturunkan pada setiap perlawanan (Indra lebih efektif di posisi sayap)

Baddrol Bakhtiar yang cukup popular dengan kelebihan teknikal beliau merupakan type of player yang diperlukan oleh pasukan Kelantan. Beliau merupakan seorang utility player, beliau mampu beraksi di posisi sayap kiri, sayap kanan, tengah malahan selaku back-up striker.

Sambar Baddrol !




Kumpulan B sebagai "Group of Death"


Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia telah dilakukan petang tadi. Semasa majlis tersebut berlangsung, pelancaran logo Piala Malaysia 2012 turut dilakukan. 


Percaturan diatas kertas di dalam kumpulan A, Lions XII dilihat seperti tiada masalah. Munkin pasukan yang bakal mencabar Lion XII hanyalah PKNS FC.


Jika dilihat secara kasar, nampaknya seperti kumpulan B boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut. Juara liga super dan juara liga perdana berada di dalam satu kumpulan yang sama. Terengganu juga tidak boleh dipandang mudah begitu juga dengan kedah. Walaupun tahun depan Kedah akan beraksi di dalam Liga Perdana, munkin Piala Malaysia ini mereka ingin membuktikan sesuatu.
Kumpulan C boleh dianggap persaingan terbuka. Kesemua pasukan kelihatan seimbang dan mempunyai kekuatan masing-masing. Sime Darby telah mempunyai pengalaman beraksi diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia apabila sampai ke final Piala FA menentang kelantan
Kumpulan D juga agak terbuka. Selangor sudah semestinya ingin menebus kembali kekecewaan tahun lalu. Misi 33 mereka tahun lalu gagal. Tahun ini munkin misi itu akan diteruskan lagi.
Ok. Kita tunggu sepak mula Piala Malaysia 2012 yang bakal bermula pada 23 Ogos 2012 nanti. Sama-samalah kita menyokong bola sepak Malaysia.


Sunday, July 1, 2012

Liga Malaysia tidak lagi menarik ?


Setelah lama tidak menulis disini dek kerana kekangan masa dan kesibukan memanjang, akhirnya hari ini dapat juga meluangkan sedikit masa untuk update blog ini. Dalam beberapa minggu yang lepas, banyak topik-topik hangat yang dibincangkan - ada pasal Euro, ada pasal "wonderkid" baru negara, Rozaimi Abd Rahman, ada pasal Harimau Malaya, ada pasal Harimau Muda dan tidak ketinggalan perlawanan-perlawanan Liga Super yang berlansung. Masuk fasa 4 perlawanan akhir, kini hanya dua pasukan yang mencabar kejuaraan. Kelantan dan pasukan dari seberang tambak, Lions XII.

Menimbulkan tanya, mana perginya pasukan-pasukan gergasi negara yang lain. Terengganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan - Kedah ? tak usah cerita pasal Kedah. Apa pula yang dah jadi pada pasukan-pasukan berstatus kelab seperti Johor FC dan T-team. Johor FC yang pada musim 2010 menjadi semi-finalis Piala Malaysia kini berada satu anak tangga di atas zon penyingkiran. T-team, begitu merudum prestasinya di pertengahan musim. Kuala Lumpur ? masih belum mencapai sebarang kemenangan. 

Ada yang menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan pasukan-pasukan lain (selain Kelantan) merudum prestasinya kerana gagal menyaingi kekuatan kewangan luar biasa Kelantan sehingga ada yang menggelar Kelantan sebagai "The Galacticos Malaysia" menyebabkan pasukan-pasukan lain tidak mampu bersaing. Jika disentuh soal kehadiran penyokong ke stadium, hanya Stadium Sultan Muhammad IV sahaja yang sentiasa penuh - kemana pergi penyokong-penyokong yang sentiasa memenuhi Stadium Darul Aman, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Stadium Negeri Perak dan mungkin Stadium Shah Alam. Kemana mereka menghilang ?

Betulkah Liga Malaysia tidak lagi menarik ?

Saturday, June 16, 2012

Tactical Analysis | Pahang [3] - [3] ATM


Kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama masing-masing di tangga pertama dan kedua Liga Perdana dimana pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas dengan kelebihan jaringan gol. Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, kedua-dua pasukan mahu mencatakan kemenangan seterusnya mendapatkan 3 mata penuh untuk menjarakkan kedudukan. Perlawanan ini juga dianggap sebagai "potential title decider" untuk saingan Liga Perdana musim ini.

Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menurunkan formasi 4-4-2 yang lebih kepada menyerang.

Azraie (GK)
Jalalludin - Khairul - Syawal - Shahrizan
Azamuddin - Boris - Kamal - Gopinathan
Maycon - Fauzi

Manakala jurulatih ATM, B.Sathiananthan kelihatan menurunkan formasi ala Germany. 4-2-3-1 dengan seorang "passer" (Rezal) dan seorang "playmaker"  (Bruno Martelotto)

Farizal Harun (GK)
Irwan - Aidil - Amir Taj - Azmimuslim
Rezal - Bruno
Zaquan - Hai-O - Christie
Marlon

Pahang 

Dollah Salleh tidak dapat menurunkan barisan terbaiknya pada perlawanan ini kerana beberapa orang pemain tonggaknya mengalami kecederaan dan pergantungan perlawanan. Azraie di posisi penjaga gol dibantu oleh Khairul dan Syawal sebagai bek tengah manakala Jalaluddin Jaafar dan Shahrizan selaku "full-back" agak mengejutkan jika dilihat kepada usia Jalaluddin yang kini mencecah usia 37 tahun masih mampu beraksi, tambahan pula selaku seorang "full-back" malahan beliau juga masih mampu untuk membuat "over-lapping". 

Di tengah, Kamal dan pemain import, Boris digandingkan bersama, Boris beraksi selaku "box-to-box midfielder" yang kerapa menjana serangan pasukan Tok Gajah. Manakala Kamal pula lebih kepada "all-round midfielder" yang membantu di semua situasi sama ada menyerang atau bertahan. Di sayap kanan dan kiri, Azamuddin Akil dan permata baru Pahang, Gopinanthan diturunkan. Azamuddin seperti beraksi dalam skuad kebangsaan, lebih kepada "inside forward" yang suka tewaskan pemain pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Gopi berfungsi seperti Kunanlan yang akan "drag" pemain pertahanan lawan keluar dari posisi.

Di bahagian serangan, pemain import, Maycon Carvalho bergandingan bersama Fauzi Roslan. Maycon lebih kepada seorang "target-man" dan Fauzi pula seorang penyerang yang akan berlegar di kawasan menyerang dan membantu kedua-dua pemain sayap. Dollah Salleh menerapkan permainan "direct ball" yang dihantar terus kepada Maycon.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Berbeza dari Dollah Salleh, Sathia menurunkan kesebelasan terbaik beliau dengan beberapa pemain kebangsaan yang sedang dalam momentum kemenangan dengan skuad kebangsaan. Farizal Harun di gawang manakala Aidil Zafuan dan Amiridzuan Taj selaku bek tengah di bantu Azmimuslim dan Irwan Fadzly Idrus selaku "full-back" Amirridzuan Taj ditugaskan untuk "mark" penyerang import Pahang, Maycon Carvalho. Irwan dan Azmimuslim masing-masing kerap naik melakukan "over-lapping". Selepas 20 minit perlawanan berlansung, Amir Taj mengalami kecederaan lalu digantikan dengan A.Varanthan. Seorang "left-back" dimasukkan mengganti bek tengah. Lalu merombak struktur pertahanan menjadi Azmimuslim (RB) - Aidil (CB) Irwan (CB) Varanthan (LB) apabila seorang "natural full-back" diletakkan di tengah, maka beliau akan lebih cenderung untuk mengawal bola naik ke-atas meninggalkan Aidil Zafuan keseorangan menyebabkan banyak ruang terbuka buat penyerang Pahang.

Di tengah, Rezal Zambery Yahya diturunkan selaku seorang "passer" manakala Bruno selaku "advance playmaker" yang berada sedikit keatas berbanding Rezal. Seperti Pahang, Zaquan lebih cenderung untuk tewaskan pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Christie akan menggunakan kelebihan larian laju untuk mengheret pemain pertahanan Pahang keluar posisi.

Di jentera serangan, Marlon selaku "target-man" makala Hairuddin Omar akan berada di "hole" antara pertahanan dan "midfielder" Pahang. Bertindak selaku "feeder" yang akan menjadi penyambung antara pemain tengah dan Marlon. ATM lebih bermain secara "short-pass" dan akan menjana serangan bermula dari bawah. Sebelum tamat separuh masa pertama, Rezal yang seakan tidak berfungsi dikeluarkan dan dingantikan dengan K.Reuben selaku "ball-winning-midfielder" 



Tuesday, June 12, 2012

Players Analysis | Malaysia [2] - [0] Singapore

Harimau Malaya sudah bangkit dari lena. Singapura tewas 2-0 di tangan pasukan Malaysia walaupun menurunkan rata-rata pemain yang lebih berpengalaman berbanding ketika mengikat Malaysia di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Kembalinya Mustafiq Fahrudin, Daniel Bannet, Qiu Li dan Aleksandar Duric tidak memberi apa-apa kesan kepada keputusan perlawanan. Jelas Harimau Malaya mendominasi perlawanan dari sepak mula hingga ke wisel penamat.

Players Analysis

Khairul Fahmi : Beliau tidak banyak di uji pada perlawanan ini, jadi tidak banyak yang perlu di ceritakan tentang pemain ini.

Amiridzwan Taj : Menjadi "partner" kepada Aidil di posisi pertahanan tengah (kiri), beliau beraksi dengan cukup baik. Bijak membaca permainan dan banyak melakukan "interceptions". Beliau "man-mark" Aleksandar Duric dengan berkesan sekali. Rajagobal menurunkan beliau mungkin kerana kelebihan fizikal yang dimiliki beliau.

Aidil Zafuan : Seperti biasa. Tenang dan cemerlang!

Bunyamin : Beraksi di posisi pertahanan kanan, beliau sekali sekala naik membuat "over-lapping" dan berjaya menghatar beberapa "through-ball" yang menarik kepada pemain penyerang.

Fadhli Shas : Bermain di posisi pertahanan kiri. Satu pengalaman baru buat beliau yang merupakan seorang pemain pertahanan tengah, namun siapa sangka, walaupun kali pertama beraksi sebagai pertahanan kiri. Fadhli yang lebih "static" daripada Bunyamin beraksi dengan "solid" dengan kerap kali berjaya membantu rakan-rakan di pertahanan tengah.

Gurusamy : Seperti biasa, beliau ditugaskan selaku "ball-winning-midfielder" berjaya melangsaikan tugas beliau dengan berjaya. "Work-rate" yang tinggi membuatkan pemain-pemain Singapura "frust" setiap kali Gurusamy memenangi bola ketika mereka menyerang. Beliau seakan "ball-magnet".

Safiq Rahim : "Captain fantastic!" selepas aksi longlai di beberapa perlawanan lepas, Safiq kali ini tampil lebih berkeyakinan dan seolah-olah "dilahirkan semula" dan tidak banyak melakukan hantaran-hantaran yang sia-sia seperti dalam beberapa perlawanan lepas. Mengenai sepakan percuma beliau. His right-foot is programmable! Beliau merupakan "playmaker" utama Harimau Malaya pada perlawanan ini.

Kunanlan : Bermain di sayap kiri. Kunanlan dilihat lebih kepada seorang "inside forward". Beliau lebih gemar membuat larian deras di tepi garisan padang sebelum "cut-inside" ke dalam kotak penalti Singapura dan apabila ini berlaku, sekurang-kurangnya 3 pemain pertahanan Singapura akan keluar dari posisi membuka ruang kepada pemain Malaysia lain (Matyo, Shakir Ali, Safiq, Azamuddin) untuk melakukan "finishing" namun penyokong kerap kali dikecewakan dengan "final-pass" daripada Kunanlan.

Azamuddin Akil : Nicknamed as Alex, beliau berada di segenap padang cuba mendapatkan bola. Di posisi sayap kanan, berperanan sama seperti Kunanlan selaku "inside forward" Alex lebih gemar untuk "beat" pemain pertahanan lawan secara "one-on-one" lebih "direct" berbanding Kunanlan. Menggelecek dan terus membuat "final-pass" atau pun terus melakukan rembatan. Inilah jenis pemain yang diperlukan oleh Rajagobal, pemain yang rajin untuk turun mendapatkan bola.

Norshahrul : Fantastic for tonight, berada di "hole" antara jentera tengah dan pertahanan Singapura, Matyo turun selaku "advance playmaker" yang lebih sebagai seorang "creator" berbanding "finisher" dan kedua-dua gol pasukan Malaysia berpunca daripada Matyo. Form beliau dalam pasukan kebangsaan kini dilihat lebih baik berbanding form dalam pasukan Kelantan.

Shakir Ali : Laju, bijak dan licik itulah Shakir Ali. Menjaringkan gol hasil tandukan ala pemain Manchester United, Javier Hernandez dan banyak melakukan larian-larian bahaya daripada belakang pemain pertahanan lawan. Prospek yang dulunya pernah bersinar dan kemudianya sinar itu malap buat seketika tetapi sekali lagi, Azraai Khor Abdullah berjaya menggilap kembali bakat pemain muda ini.




Tahniah Harimau Malaya!

Thursday, June 7, 2012

Preview | Singapore Vs Malaysia


Ya, tidak mungkin Rajagobal akan menggunakan formasi ini kerana beliau terlalu 'terikat' dengan formasi tradisional 4-4-2 dan dengan Safiq Rahim selaku pemain kesebelasan utama automatik. Preview ini dibuat tiada kena mengena dengan kepala otak Rajagobal. Ini hanya sekadar untuk melontarkan pendapat seorang pemerhati dari luar yang tidak kenal akan setiap pemain kebangsaan. Langsung tidak mengenali. Langsung.


Harimau Malaya tidak boleh kalah dengan pasukan seberang tambak walaupun ini hanya perlawanan persahabatan yang keputusannya akan dikira dalam kedudukan ranking (tapi tidak mengapa kerana ranking tidak membawa apa-apa makna dan tidak penting sama sekali) Singapura sejak sekian lama telah menjadi musuh tradisi. Dapat kita lihat bertapa kuatnya "rivalry" antara kedua-dua negara ini sejak era Uncle Choo lagi (Siapa yang tak kenal Uncle Choo sila google) dimana Uncle Choo akhirnya berjaya mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Singapura. Jadi, perlawanan ini sangat penting pada nilai maruah negara Malaysia.

The Tactical 

Memandangkan Singapura lebih suka bermain dengan formasi 4-4-2 jadi aku lebih suka Malaysia bermain dengan formasi 4-2-3-1 yang sebenar (tidak seperti ketika menentang Filipina) kerana ini akan memberikan Malaysia seorang "extra man" di bahagian tengah dan dapat memberi keseimbangan ketika bertahan dan juga menyerang. Dua orang "holding midfielder" akan memberi "extra shield" kepada barisan pertahanan manakala  empat pemain diatas menyerang.

Di posisi penjaga gol, aku memilih Khairul Fahmi Che Mat walaupun Farizal Marlias beraksi cemerlang ketika menentang Filipina tempoh hari. Pemilihan ini berdasarkan pengalaman menentang Singapura yang ada pada Apek. Beliau lah yang banyak menyelamatkan gawang negara dalam perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil (Stadium Jalan Besar (Sharbinee) : tewas 5-3, SSBJ (Apek) : seri 1-1)

 "Back-four" aku hanya melakukan satu perubahan dimana Sabre Abu di masukkan kedalam kesebelasan utama menggantikan Azmimuslim. Sabre lebih selesa mengawal bola berbanding Azmi dan lebih gemar untuk membuat "overlapping". Walaupun Sabre lambat sedikit untuk turun bertahan namun seorang "defensive midfield" boleh cover, yang penting Sabre boleh "provide width". Di tengah, Aidil dan Fadhli dikekalkan, mereka beraksi baik ketika menentang Filipina manakala di posisi bek kanan, Mahali diturunkan dengan tugas sama seperti Sabre Abu.

Ya, aku drop Kapitan Safiq Rahim di tengah. Memberi peluang kepada Amar Rohidan berganding dengan Gurusamy. Gurusamy diturunkan selaku "ball-winning-midfielder" manakala Amar Rohidan lebih kepada seorang "deep-lying-playmaker" kerana beliau mempunyai kualiti hantaran yang baik. Beliau akan turut membantu bertahan dan sebaik sahaja menerima bola, beliau perlu terus membuat hantaran kepada pemain-pemain sayap atau pun "attacking-player" yang tidak dikawal.

Dua orang pemain sayap yang laju diturunkan - Shahurain (Right-footed) dan Kunanlan (Right-footed) buat larian laju di tepi garisan dan cuba "drag" pertahanan Singapura supaya keluar dari posisi sebelum melakukan hantaran-hantaran kreatif kepada penyerang. Mereka juga lebih bebas untuk "drift-in" ke dalam "penalty-box" Singapura. Aku lebih suka pemain sayap lebih bebas untuk bertukar-tukar posisi antara satu sama lain.

Norshahrul pula diturunkan selaku "number 10" bermain seperti Rooney di Man Utd. Seorang "attacking-midfielder" beliau seorang pemain yang kreatif dan bijak mencipta peluang kepada pemain lain dan beliau juga mampu menjaringkan gol. Berikan beliau kebebasan untuk "roaming" sepenuhnya. Aku mengekalkan Safee Sali walaupun beliau ketandusan jaringan antarabangsa sejak 11 bulan yang lalu kerana berdasarkan pemerhatian aku selepas perlawanan menentang Filipina tempoh hari beliau begitu bersungguh-sungguh dan berazam tinggi untuk menutup mulut pengkritik yang mula mengkritik kredibiliti beliau selaku penyerang bernilai jutaan ringgit.

Sekadar pandangan dari luar !

Tuesday, June 5, 2012

Malaysia's Next Big Thing | Afif Farhan


Jika Nazmi Faiz Mansor yang mula bersinar pada usia 18 tahun dan baru-baru ini telah mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab divisyen pertama di Portugal, S.C Beira-Mar kini Ong Kim Swee "highlight" seorang lagi pemain muda yang menurut beliau akan dapat menjadi lebih baik dari Nazmi.


Pemain yang dimaksudkan ialah, Muhd Ariff Farhan Md Isa yang baru berusia 16 tahun yang kini sedang menyinar di Slovakia bersama skuad bawah 22 tahun negara. Beliau yang merupakan seorang lagi produk daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu beraksi selaku "full-back" dan juga pemain tengah (lebih selesa beraksi di tengah)

Tidak seperti Nazmi Faiz (lebih kepada "attacking-minded") Ariff lebih kepada seorang "all-round-midfielder" yang bagus dalam gerakan menyerang dan juga rajin turun ke bawah untuk mendapatkan bola (Seperti : Yaya Toure, Danielle De Rossi, dan Nuri Sahin) pakej lengkap untuk seorang pemain tengah.


Kim Swee juga berkata prestasi Arif akan dipantau dan mungkin akan dibawa untuk kejohanan AFC di Myanmar bermula 23 Jun ini. Kim Swee juga mengesahkan bahawa beliau akan mendaftar pemain kelahiran Pokok Sena itu untuk menggantikan tempat Nazmi Faiz Mansor untuk Liga Singapura.

Dengan "media attention" yang diperolehi oleh Safee Sali (Pelita Jaya, Indonesia) dan Nazmi Faiz (S.C Beira-Mar, Portugal) tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi, Ariff Farhan akan mula dipancing oleh kelab-kelab di luar negara. Dunia mula sedar bahawa Malaysia juga mempunyai pemain-pemain berbakat walaupun badan induk bolasepak Malaysia sendiri (FAM) tidak mementingkan ranking.

Good luck Ariff Farhan !

Friday, June 1, 2012

Tactical Analysis | Malaysia [0] - [0] Filipina


Jika dari aspek hebahan media massa di ambil kira, skuad Rajagobal kali ini dilihat sudah melakukan persediaan yang rapi untuk menghadapi Filipina, dengan Rajagobal sendiri tampak yakin mencatur strategi dan banyak mendapatkan nasihat daripada "scouts". Namun, sekali lagi, peminat bolasepak negara di kecewakan dengan sikap dan percaturan taktikal Rajagobal dan juga yang masih kekal memilih beberapa pemain "anak emas"

Di posisi penjaga gol, Farizal Marlias diberi tanggungjawab, tiada apa yang perlu dipertikaikan memandangkan Farizal mempunyai kelebihan fizikal berbanding Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal berjaya mempamer aksi menarik sepanjang perlawanan (most notable save : ketika perlawanan baru berusia 46 saat apabila Azmi menghantar bola "standard Liga Perdana" yang hampir-hampir menghadiahkan gol kepada Filipina).

"Duo-center back" Aidil dan Fadhli Shas merupakan pilih automatik biasa walaupun pemain berpengalaman yang beraksi dalam Piala AFC, S.Subramaniam berada di bangku simpanan. Aidil dan Fadhli beraksi agak baik walaupun Aidil kelihatan kelam kabut.

Persoalannya, kenapa Rajagobal menggunakan Bunyamin dan Azmi Muslim di posisi "full-back" kiri dan kanan instead of Mahali dan Sabre yang lebih selesa membawa bola naik ke atas. Kita main "home-game" tapi kita yang lebih bermain "defensive" adakah Filipina sehebat Germany? Bunyamin dan Azmi jelas GAGAL beraksi dengan baik, paling teruk, Azmi Muslim, kerap hilang bola, "short-passing" tak tepat dan Bunyamin lebih static dan tidak bagus dalam melakukan "overlapping"

Di kawasan tengah, Gurusamy diturunkan selaku "ball-winning-midfielder" beraksi agak baik dan "work-rate" beliau wajar dipuji. Kapten, Safiq Rahim satu lagi pilihan automatik Rajagobal walaupun sejak sekian lama "off-form" kemudian di kaitkan pula dengan masalah disiplin, jelas Safiq Rahim turut GAGAL. Bermain lebih "deep" bersama Gurusamy, jelas hantaran-hantaran jauh beliau mengecewakan dan setiap gerakan dari "deep area" tiada satu pun yang menyakinkan.

Kunanlan di sayap kiri lebih gemar membuat larian deras di kawasan tepi padang untuk "drag" pemain Filipina keluar dari posisi, namun gagal membuat "killer pass" kepada penyerang. Shahrurain pula lebih suka "drift-in" ke kotak penalti dan membuat percubaan (notabale move : Percubaan terkena tiang) tetapi kedua-dua pemain sayap di lihat tidak "hidup".

Pada awalnya, apabila dengar sahaja Norshahrul akan kembali berganding bersama Safee Sali, semua penyokong Harimau Malaya begitu teruja untuk "ulang tayang" aksi di Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Norshahrul yang diturunkan selaku "support-striker" banyak mencipta peluang  melalui gelecekan-gelecekan dan kebijaksanaan beliau tetapi penyerang bernilai jutaan ringgit, Safee Sali seolah-olah hilang sentuhan pemusnah, apabila bola berada di kaki beliau, semuanya seakan tidak menjadi. Kecewa.

Di separuh masa kedua, apabila Rajagobal melakukan pertukaran demi pertukaran, Malaysia seolah-olah seperti tiada taktikal. Semua pertukaran pelik dilakukan oleh Rajagobal dan jelas aksi longlai terpaksa dibayar dengan keputusan yang sebegini. 

Terima kasih sajalah!

Euro 2012 | Tactical Analysis - France


France kali ini dianggap antara "favourite" disamping beberapa negara lain seperti Spain, Germany & Netherland. Jurulatih France, Laurent Blanc mempunyai "attacking minded player" yang ramai terutamanya di kawasan tengah dan beliau gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 atau 4-1-4-1 (Bergantung kepada posisi Cabaye) Berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan, barisan kemungkinan France adalah seperti diatas. Di posisi "defensive midfield" ia sepatutnya milik Yann M'Vila namun beliau "doubtful" sama ada boleh terus beraksi atau terpaksa diketepikan akibat kecederaan yang dialami ketika bertemu Serbia semalam.

Di posisi penjaga gol, Hugo Lloris bakal turun selaku penjaga gol utama, beliau cemerlang sepanjang musim ini bersama pasukannya Lyon dengan 36 penampilan dan 5 "clean sheets". Beliau mempunyai "reflexes" yang cukup pantas dan konsentrasi yang baik namun beliau sedikit lemah dalam aspek disiplin. Steve Mandanda selaku penjaga gol kedua.

Bahagian benteng tengah, Adil Rami dijangka akan beraksi bersama Phillipe Mexes meninggalkan Laurent Koscielny di bangku simpanan. "Center back" France haruslah solid ketika bertahan kerana kedua-dua pemain di bahagian kiri dan kanan lebih kepada "wing-back" Debuchy, Reveillere, Evra dan Clichy yang kerap berlari keatas membuat "overlap" 


Di jentera tengah, Laurent Blanc sedikit kerunsingan apabila tonggak tengah, Yann M'vila tercedara pada perlawanan semalam. Alou Diarra dijangka akan diturunkan selaku "holding-midfielder" atau "defensive midfielder (support)" yang tidak banyak terlibat sama ada semasa bertahan mahupun menyerang. Beliau hanya perlu sentiasa berada di tempat "free area" untuk menerima bola dan terus melakukan hantaran-hantaran pendek.

Paling menarik, aksi pemain tengah Newcastle United, Yohan Cabaye yang ditugaskan selaku seorang "box-to-box midfieder" dan "playmaker" beliau sangat mobile dan laju, terlibat ketika pasukan bertahan dan juga menyerang. Di bahagian "flanker" Nasri dan Ribery lebih kepada "inside forward" yang kerap "drift-in" ke kotak penalti lawan dan bebas bertukar-tukar posisi. Florent Malouda di posisi "attacking-midfield" membantu menjana serangan disamping turut bertindak selaku "back-up striker" namun ketiga-tiga pemain ini bebas untuk "roaming" keluar dari posisi masing-masing.


Apa yang memeningkan Lauren Blanc ialah di posisi "lone striker" dimana beliau terpaksa memilih salah satu antara dua "on-form" striker iaitu Karim Benzema dan Olivier Giroud, masing-masing menamatkan kempen liga bersama pasukan masing-masing dengan 21 gol. Untuk perlawanan pertama bertemu England, mungkin Benzema yang menjadi pilihan utama dan jika Benzema gagal menampilkan aksi baik, semestinya Giroud akan bersedia mencuri peluang.

Ramalan : France layak sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir EURO 2012.

Bonne chance France!




Wednesday, May 30, 2012

Piala AFC 2012 | Keita Mandjou sertai Kelantan


Dengan berakhirnya tempoh kontrak Nwoha Onyekachi, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menunggu lama untuk menandatangani seorang penyerang asal Guinea, Mandjou Keita dalam usaha untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala AFC 2012. 

Menurut presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak. Menurutnya lagi, Keita Mandjou bersetuju untuk menyertai skuad Piala AFC Kelantan bermula bulan Jun ini bagi menguatkan jentera serangan Kelantan untuk cabaran suku akhir Piala AFC 2012 dan peringkat seterusnya (jika berjaya di suku akhir)

Keita Mandjou dijangka tiba di Kota Bharu pada minggu hadapan dan akan melalukan "debut" pertama bersama The Red Warriors pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 8 jun nanti.

Beliau merupakan "top scorer" di Liga India ketika bersama kelab Pune FC dengan menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan, satu rekod yang memberansangkan untuk seorang penyerang yang kini berusia mencecah 32 tahun. Beliau juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super Malaysia ketika bersama pasukan Perak pada musim 2006. Kepada Keita Mandjou, selamat datang ke Kelantan, mohon pamerkan aksi terbaik anda kerana anda kini bersama pasukan juara. 

Monday, May 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 | Kaka Malaysia dalam skuad ?

Nazmi di Portugal

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal kini dalam persiapan awal dalam memperkasa pasukanya untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan dihoskan bersama oleh Malaysia dan Thailand. Selaku juara bertahan dan pasukan pilihan, tekanan pasti sudah dirasai oleh Rajagobal untuk memenuhi harapan menggunung para penyokong Harimau Malaya yang pasti inginkan episod kejayaan 2010 diulangi.

Namun kini pasukan bimbingan Rajagobal dilihat belum cukup bersedia menghadapi kejohanan yang bakal berlansung pada bulan november nanti apabila masih tidak mampu untuk mempamerkan aksi mantap dalam perlawanan-perlawanan persahabatan yang diatur sama ada menentang pasukan Liga Super mahupun negara-negara lain.

Masalah keserasian dan kepincangan di barisan tengah negara dilihat begitu meruncing dimana di posisi tersebut, "regular player" seperti ketua pasukan, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K.Gurusamy dan beberapa lagi pemain masih tidak mampu menyumbang "creativity" kepada pasukan.

Penyelesaian terbaik ialah K.Rajagobal perlu menyerap pemain muda negara yang beraksi di kelab divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar iaitu Nazmi Faiz kedalam skuad senior negara untuk menyelasaikan masalah "cretivity" di bahagian tengah. Nazmi mampu "dribbles" dan juga mampu membuat hantaran-hantara jauh yang tepat seperti yang dipertontonkan ketika bersama skuad Harimau Muda di kejohanan Sukan Sea yang lalu.

Apabila ditanyakan K.Rajagobal sama ada beliau akan serap Nazmi ke skuad senior, ini jawapan beliau " I'll monitor his progress at the AFC U22 qualifiers. If he does well, I'll consider him for the Suzuki Cup" - Peluang untuk Nazmi menyarung jersi skuad senior dilihat begitu cerah dengan prestasinya sekarang yang dilihat begitu konsisten. 

boa sorte Nazmi !

Saturday, May 26, 2012

Kelantan sekadar seri | Hasni Zaidi calon pemain pinjaman

Credit : ShazliShamsuddin
Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila diikat seri tanpa jaringan oleh Johor FC di Stadium J-Corp, Pasir Gudang. Jelas jadual yang sangat padat menggangu momentum pasukan Kelantan apabila masalah "fatigue" atau keletihan dilihat menjadi penyebab utama The Red Warriors gagal mengutip 3 mata penuh menentang pasukan kelompok bawahan Liga Super tersebut.

Bojan Hodak yang menurunkan kebanyakan pemain yang direhatkan ketika perlawanan Piala AFC menentang Terengganu tempoh hari. Formasi biasa, 4-4-2 diterapkan oleh Bojan Hodak manakala Sazali Saidon yang kehilangan lebih kurang 7 orang pemain tonggak menggunakan formasi 4-5-1 dengan Arthuro sebagai "lone striker"

Pada babak pertama, "extra man" yang dimiliki oleh Johor FC di bahagian tengah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain tuan rumah, statistik perlawanan jelas menunjukkan Johor FC menguasai perlawanan dengan pemain-pemain Kelantan hanya "ball-watching" sahaja. Perlawanan mula seimbang selepas 20 minit apabila Norfarhan diarah untuk "drop-deeper" menjadikan formasi 4-4-1-1. Tamat perlawanan : Johor FC [0] - [0] Kelantan.



Seorang pemain yang menarik perhatian pada malam ini ialah bek kiri pasukan Johor FC, Hasni Zaidi Jamian yang berusia 22 tahun. Beliau berjaya menjalankan tugasnya dengan berkesan sekali apabila S.Chanturu dilihat seolah-olah tidak bermain pada perlawanan tersebut. Beliau mempunyai "pace" yang cukup baik untuk seorang pemain pertahanan.

Walaupun bertubuh kecil, namun ia bukanya satu masalah utuk seorang "full-back" yang penting ialah disiplin apabila diberi tugas untuk "marking" pemain lawan. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk terus memperkasa pasukan Kelantan maka penulis berasa Hasni Zaidi adalah calon pemain pinjaman terbaik untuk menghadapi saingan Piala Malaysia nanti.

Johor Fc yang kini di kelompok 3 tercorot Liga Super dirasakan tidak layak untuk bersaing dalam saingan Piala Malaysia tahun ini mencerahkan lagi peluang Kelantan untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Selain itu, Kelantan sememangnya memerlukan seorang bek kiri dek kerana kecederaan jangka panjang yang dialami oleh Aziz Ismail.

Perkara biasa di dalam mana-mana pasukan bolasepak di dunia, di setiap posisi sekurang-kurangnya perlu ada dua orang pemain. Kelantan sekarang hanya mempunyai Zairul Fitree. (Aziz *Injured) (Subra, Farisham *natural center back/static) maka seorang lagi "wing-back" diperlukan untuk "provide width". Hasni Zaidi Jamian mempunyai pakej lengkap dan mempunyai ciri-ciri pemain bek kiri yang diperlukan oleh pasukan Kelantan.



Wednesday, May 23, 2012

Kelantan [3] - [2] Terengganu | Kelantan teruskan kemaraan

Credit : ShazliShamsuddin

Perlawanan ditangguhkan selama 30 minit akibat hujan lebat tetapi ia tidak melunturkan sama sekali semangat para peminat The Red Warriors yang tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing. Kesetiaan mereka terbalas apabila Kelantan berjaya menewaskan Terengganu 3-2 dan meneruskan kemaraan dalam saingan peringkat Asia, Piala AFC 2012.

Dua gol daripada Norfarhan Muhammad dan satu gol hasil "World class freekick" daripada Rizal Fahmi Rosid meletakkan Kelantan berkedudukan selesa dengan tiga gol di hadapan di babak pertama perlawanan. Masuk babak kedua perlawanan, masalah kepadatan jadual dengan 2 "high profile game" secara berturut-turut menimbulkan masalah "fatigue" di kalangan pemain Kelantan dan Terengganu mula "penetrate". 

Mereka berjaya mendapatkan dua gol hasil jaringan cantik Ismail Faruqi dan tendangan penalti penyerang mereka Forkey Doe selepas Obinna dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Abdul Hadi Yahya dalam kotak penalti. Di akhir babak kedua, Terengganu menggunakan kesempatan di atas Kelantan yang bermain dengan 10 pemain terus mengasak pertahanan Kelantan sehingga memaksa Bojan Hodak "gamble" dengan memasukkan Subra yang masih berbalut di kepalanya.

Tamat perlawanan - Kelantan [3] - [2] Terengganu sekaligus menyaksikan satu lagi sejarah tercipta apabila julung kalinya pasukan Kelantan layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2012. Namun apa yang mendukacitakan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mungkin di denda sehingga 10 ribu ringgit akibat tindakan segelintir penyokong yang bertindak bodoh membaling mercun dan botol air ke padang.


TheSkipper10 says : Letakkan papan tanda di atas di setiap pintu masuk stadium dan tugaskan seorang pegawai bekalkan dia dengan sedikit pisang, jika ada penyokong yang membaling objek ke padang, bagi lah pisang tersebut kepada dia


Friday, April 13, 2012

Kuala Lumpur [0] - [4] Felda United | Kesian Razif Ismail

Kuala Lumpur meneruskan rekod tanpa menang selepas tunduk mudah kepada antara pasukan yang berada di kelompok bawahan Liga Super iaitu Felda United. Tiga gol hasil jaringan penyerang pinjaman dari Kelantan, Nizad Ayub dan gol lewat Farderin Kadir sudah cukup untuk menjamin 3 mata berharga buat Elavarasan.

Kuala Lumpur

Selaku pemerhati dari luar, saya menyalahkan pihak pengurusan KLFA sepenuhnya ekoran kegagalan pasukan bimbingan Razif Ismail ini untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberi tentangan dalam semua saingan yang dipertandingkan. Saban musim, Kuala Lumpur berjaya melahirkan bakat-bakat baru namun saban musim juga pemain-pemain yang digilap Razif Ismail pergi meninggalkan pasukan akibat masalah yang dihadapi dengan pihak pengurusan.

Saya sendiri pernah menerima SMS dari seorang ex-player Kuala Lumpur yang menyatakan rasa kecewanya dengan sikap 'ambil mudah' pihak pengurusan KLFA. "Bro, player main bermati-matian tiap-tiap game, tapi tak dapat apa-apa, kami cari rezeki, kami ada anak bini, jadi kami terpaksa angkat kaki" - antara isi SMS tersebut.

Penyokong pasukan Kuala Lumpur (Kalau ada) tak boleh salahkan Razif Ismail 100 peratus dalam hal ini, kerana jika dilihat, pasukan Kuala Lumpur akan mula memberi saingan di penghujung musim dan bila tiba musim baru, ramai pemain angkat kaki dan prestasi pasukan kembali merudum. Yong Kuong Yong, See Kok Luen, Norazlan Razali, Shahrom Kalam merupakan antara pemain tonggak yang bertindak keluar daripada pasukan pada musim lepas meninggalkan Razif Ismail terpinga-pinga kebingungan mencari pengganti.

Jika masalah pengurusan terus membelenggu pasukan, antara bakat yang mula bersinar sekarang seperti penyerang, Muhammad Afiq Azmi, pemain tengah, Muhd Zameer Zainun juga mungkin bertindak keluar dari pasukan pada musim depan, sekali lagi memaksa Razif Ismail merombak pasukan.

Wednesday, April 4, 2012

Analisis Taktikal - Kelantan [3] - [0] Arema Indonesia


Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV semalam selepas menundukan Arema Indonesia dengan keputusan 3-0 menerusi hattrick penyerang import, Mohamad Ghaddar.

Kelantan bermain dengan high pressing game apabila Arema mengawal bola. Pressing dimulakan oleh Denny Antwi yang kerap pressing kedua-dua center back Arema memaksa mereka bermain long pass dimana mereka kerap kehilangan bola. Work rate Antwi wajar dipuji.

Permainan Kelantan sangat flexible dimana kedua-dua winger (Azwan Roya dan Chanturu) bebas berlari ke dalam atau ke luar namun kedua-duanya lebih cenderung untuk drift-in untuk mengheret right back/left back Arema keluar dari posisi.

Kemampuan Ghaddar mengelecek digunakan sepenuhnya oleh Bojan Hodak dengan meletakkan Ghaddar sedikit ke bawah untuk memperbanyakan gerakan pass and move dari kawasan tengah padang ke penalty box.

Dengan Piya bertindak cemerlang selaku box-to-box midfielder yang merantai pergerakan playmaker Arema (Roman Chemelo) Ini memberikan Shakir lebih banyak ruang untuk menghantar direct ball kepada kedua-dua winger atau target man (Antwi) 

Daudsu yang lebih kepada seorang wing back bertukar-tukar tempat dengan Chanturu ketika Kelantan menyerang dan menerima counter-attack. Larian laju Chanturu dimanfaatkan sepenuhnya manakala di posisi kiri. Subra yang lebih kepada seorang static left back tidak memerlukan bantuan daripada Azwan Roya.

Fakta Menarik :
- Sudah hampir 10 perlawanan Kelantan turun tanpa kelibat key player seperti Khairul Fahmi dan Norshahrul.
- Ghaddar muncul pemain pertama menjaringkan hattrick untuk pasukan Kelantan pada tahun 2012 dan juga dalam saingan AFC.
- Pemain muda daripada pasukan Piala Presiden, Faizol Nazlin melakukan debut pertama bersama pasukan senior.