Tuesday, June 5, 2012

Malaysia's Next Big Thing | Afif Farhan


Jika Nazmi Faiz Mansor yang mula bersinar pada usia 18 tahun dan baru-baru ini telah mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab divisyen pertama di Portugal, S.C Beira-Mar kini Ong Kim Swee "highlight" seorang lagi pemain muda yang menurut beliau akan dapat menjadi lebih baik dari Nazmi.


Pemain yang dimaksudkan ialah, Muhd Ariff Farhan Md Isa yang baru berusia 16 tahun yang kini sedang menyinar di Slovakia bersama skuad bawah 22 tahun negara. Beliau yang merupakan seorang lagi produk daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu beraksi selaku "full-back" dan juga pemain tengah (lebih selesa beraksi di tengah)

Tidak seperti Nazmi Faiz (lebih kepada "attacking-minded") Ariff lebih kepada seorang "all-round-midfielder" yang bagus dalam gerakan menyerang dan juga rajin turun ke bawah untuk mendapatkan bola (Seperti : Yaya Toure, Danielle De Rossi, dan Nuri Sahin) pakej lengkap untuk seorang pemain tengah.


Kim Swee juga berkata prestasi Arif akan dipantau dan mungkin akan dibawa untuk kejohanan AFC di Myanmar bermula 23 Jun ini. Kim Swee juga mengesahkan bahawa beliau akan mendaftar pemain kelahiran Pokok Sena itu untuk menggantikan tempat Nazmi Faiz Mansor untuk Liga Singapura.

Dengan "media attention" yang diperolehi oleh Safee Sali (Pelita Jaya, Indonesia) dan Nazmi Faiz (S.C Beira-Mar, Portugal) tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi, Ariff Farhan akan mula dipancing oleh kelab-kelab di luar negara. Dunia mula sedar bahawa Malaysia juga mempunyai pemain-pemain berbakat walaupun badan induk bolasepak Malaysia sendiri (FAM) tidak mementingkan ranking.

Good luck Ariff Farhan !

No comments:

Post a Comment