Jika dari aspek hebahan media massa di ambil kira, skuad Rajagobal kali ini dilihat sudah melakukan persediaan yang rapi untuk menghadapi Filipina, dengan Rajagobal sendiri tampak yakin mencatur strategi dan banyak mendapatkan nasihat daripada "scouts". Namun, sekali lagi, peminat bolasepak negara di kecewakan dengan sikap dan percaturan taktikal Rajagobal dan juga yang masih kekal memilih beberapa pemain "anak emas"
Di posisi penjaga gol, Farizal Marlias diberi tanggungjawab, tiada apa yang perlu dipertikaikan memandangkan Farizal mempunyai kelebihan fizikal berbanding Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal berjaya mempamer aksi menarik sepanjang perlawanan (most notable save : ketika perlawanan baru berusia 46 saat apabila Azmi menghantar bola "standard Liga Perdana" yang hampir-hampir menghadiahkan gol kepada Filipina).
"Duo-center back" Aidil dan Fadhli Shas merupakan pilih automatik biasa walaupun pemain berpengalaman yang beraksi dalam Piala AFC, S.Subramaniam berada di bangku simpanan. Aidil dan Fadhli beraksi agak baik walaupun Aidil kelihatan kelam kabut.
Persoalannya, kenapa Rajagobal menggunakan Bunyamin dan Azmi Muslim di posisi "full-back" kiri dan kanan instead of Mahali dan Sabre yang lebih selesa membawa bola naik ke atas. Kita main "home-game" tapi kita yang lebih bermain "defensive" adakah Filipina sehebat Germany? Bunyamin dan Azmi jelas GAGAL beraksi dengan baik, paling teruk, Azmi Muslim, kerap hilang bola, "short-passing" tak tepat dan Bunyamin lebih static dan tidak bagus dalam melakukan "overlapping"
Di kawasan tengah, Gurusamy diturunkan selaku "ball-winning-midfielder" beraksi agak baik dan "work-rate" beliau wajar dipuji. Kapten, Safiq Rahim satu lagi pilihan automatik Rajagobal walaupun sejak sekian lama "off-form" kemudian di kaitkan pula dengan masalah disiplin, jelas Safiq Rahim turut GAGAL. Bermain lebih "deep" bersama Gurusamy, jelas hantaran-hantaran jauh beliau mengecewakan dan setiap gerakan dari "deep area" tiada satu pun yang menyakinkan.
Kunanlan di sayap kiri lebih gemar membuat larian deras di kawasan tepi padang untuk "drag" pemain Filipina keluar dari posisi, namun gagal membuat "killer pass" kepada penyerang. Shahrurain pula lebih suka "drift-in" ke kotak penalti dan membuat percubaan (notabale move : Percubaan terkena tiang) tetapi kedua-dua pemain sayap di lihat tidak "hidup".
Pada awalnya, apabila dengar sahaja Norshahrul akan kembali berganding bersama Safee Sali, semua penyokong Harimau Malaya begitu teruja untuk "ulang tayang" aksi di Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Norshahrul yang diturunkan selaku "support-striker" banyak mencipta peluang melalui gelecekan-gelecekan dan kebijaksanaan beliau tetapi penyerang bernilai jutaan ringgit, Safee Sali seolah-olah hilang sentuhan pemusnah, apabila bola berada di kaki beliau, semuanya seakan tidak menjadi. Kecewa.
Di separuh masa kedua, apabila Rajagobal melakukan pertukaran demi pertukaran, Malaysia seolah-olah seperti tiada taktikal. Semua pertukaran pelik dilakukan oleh Rajagobal dan jelas aksi longlai terpaksa dibayar dengan keputusan yang sebegini.
Terima kasih sajalah!
No comments:
Post a Comment