Sunday, July 1, 2012

Liga Malaysia tidak lagi menarik ?


Setelah lama tidak menulis disini dek kerana kekangan masa dan kesibukan memanjang, akhirnya hari ini dapat juga meluangkan sedikit masa untuk update blog ini. Dalam beberapa minggu yang lepas, banyak topik-topik hangat yang dibincangkan - ada pasal Euro, ada pasal "wonderkid" baru negara, Rozaimi Abd Rahman, ada pasal Harimau Malaya, ada pasal Harimau Muda dan tidak ketinggalan perlawanan-perlawanan Liga Super yang berlansung. Masuk fasa 4 perlawanan akhir, kini hanya dua pasukan yang mencabar kejuaraan. Kelantan dan pasukan dari seberang tambak, Lions XII.

Menimbulkan tanya, mana perginya pasukan-pasukan gergasi negara yang lain. Terengganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan - Kedah ? tak usah cerita pasal Kedah. Apa pula yang dah jadi pada pasukan-pasukan berstatus kelab seperti Johor FC dan T-team. Johor FC yang pada musim 2010 menjadi semi-finalis Piala Malaysia kini berada satu anak tangga di atas zon penyingkiran. T-team, begitu merudum prestasinya di pertengahan musim. Kuala Lumpur ? masih belum mencapai sebarang kemenangan. 

Ada yang menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan pasukan-pasukan lain (selain Kelantan) merudum prestasinya kerana gagal menyaingi kekuatan kewangan luar biasa Kelantan sehingga ada yang menggelar Kelantan sebagai "The Galacticos Malaysia" menyebabkan pasukan-pasukan lain tidak mampu bersaing. Jika disentuh soal kehadiran penyokong ke stadium, hanya Stadium Sultan Muhammad IV sahaja yang sentiasa penuh - kemana pergi penyokong-penyokong yang sentiasa memenuhi Stadium Darul Aman, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Stadium Negeri Perak dan mungkin Stadium Shah Alam. Kemana mereka menghilang ?

Betulkah Liga Malaysia tidak lagi menarik ?

No comments:

Post a Comment