Friday, August 3, 2012

Transfer Target : Baddrol Bakhtiar

Saingan Liga Super untuk musim 2012 telah pun tamat dimana Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan yang diraih pada musim 2011 dengan sekali lagi menjadi juara Liga Super meninggalkan pasukan seberang tambak. Lions XII selaku naib johan dan Selangor di tangga ketiga.


Walaupun saingan Piala Malaysia belum pun lagi bermula, pasukan-pasukan utama Liga Super sudah mula mengorak langkah awal mendekati pemain-pemain yang mereka idamkan, tidak ketinggalan juga pasukan Kelantan. 

Setiap kali akhir musim, nama Baddrol Bakhtiar pasti menjadi sebutan penyokong-penyokong Kelantan. Beliau kini sudah hampir dua musim dikaitkan dengan Kelantan namun kesetiaan beliau dengan pasukan Kedah menjadi penghalang kepada penghijrahan ini berlaku.

Untuk musim ini, peluang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini tampak cerah apabila masa depan pasukan Kedah masih belum terjawab. (sama ada beraksi di Liga Perdana atau kekal di Liga Super)


Dengan kepadatan jadual yang akan dihadapi Kelantan pada musim hadapan dan faktor usia Badhri Radzi yang kini mencecah angka 30, penambahan Baddrol Bakhtiar dilihat amat wajar kerana untuk musim 2012, Badhri Radzi dilihat tidak mempunyai rehat yang cukup dimana beliau terpaksa diturunkan pada setiap perlawanan (Indra lebih efektif di posisi sayap)

Baddrol Bakhtiar yang cukup popular dengan kelebihan teknikal beliau merupakan type of player yang diperlukan oleh pasukan Kelantan. Beliau merupakan seorang utility player, beliau mampu beraksi di posisi sayap kiri, sayap kanan, tengah malahan selaku back-up striker.

Sambar Baddrol !




Kumpulan B sebagai "Group of Death"


Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia telah dilakukan petang tadi. Semasa majlis tersebut berlangsung, pelancaran logo Piala Malaysia 2012 turut dilakukan. 


Percaturan diatas kertas di dalam kumpulan A, Lions XII dilihat seperti tiada masalah. Munkin pasukan yang bakal mencabar Lion XII hanyalah PKNS FC.


Jika dilihat secara kasar, nampaknya seperti kumpulan B boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut. Juara liga super dan juara liga perdana berada di dalam satu kumpulan yang sama. Terengganu juga tidak boleh dipandang mudah begitu juga dengan kedah. Walaupun tahun depan Kedah akan beraksi di dalam Liga Perdana, munkin Piala Malaysia ini mereka ingin membuktikan sesuatu.
Kumpulan C boleh dianggap persaingan terbuka. Kesemua pasukan kelihatan seimbang dan mempunyai kekuatan masing-masing. Sime Darby telah mempunyai pengalaman beraksi diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia apabila sampai ke final Piala FA menentang kelantan
Kumpulan D juga agak terbuka. Selangor sudah semestinya ingin menebus kembali kekecewaan tahun lalu. Misi 33 mereka tahun lalu gagal. Tahun ini munkin misi itu akan diteruskan lagi.
Ok. Kita tunggu sepak mula Piala Malaysia 2012 yang bakal bermula pada 23 Ogos 2012 nanti. Sama-samalah kita menyokong bola sepak Malaysia.


Sunday, July 1, 2012

Liga Malaysia tidak lagi menarik ?


Setelah lama tidak menulis disini dek kerana kekangan masa dan kesibukan memanjang, akhirnya hari ini dapat juga meluangkan sedikit masa untuk update blog ini. Dalam beberapa minggu yang lepas, banyak topik-topik hangat yang dibincangkan - ada pasal Euro, ada pasal "wonderkid" baru negara, Rozaimi Abd Rahman, ada pasal Harimau Malaya, ada pasal Harimau Muda dan tidak ketinggalan perlawanan-perlawanan Liga Super yang berlansung. Masuk fasa 4 perlawanan akhir, kini hanya dua pasukan yang mencabar kejuaraan. Kelantan dan pasukan dari seberang tambak, Lions XII.

Menimbulkan tanya, mana perginya pasukan-pasukan gergasi negara yang lain. Terengganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan - Kedah ? tak usah cerita pasal Kedah. Apa pula yang dah jadi pada pasukan-pasukan berstatus kelab seperti Johor FC dan T-team. Johor FC yang pada musim 2010 menjadi semi-finalis Piala Malaysia kini berada satu anak tangga di atas zon penyingkiran. T-team, begitu merudum prestasinya di pertengahan musim. Kuala Lumpur ? masih belum mencapai sebarang kemenangan. 

Ada yang menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan pasukan-pasukan lain (selain Kelantan) merudum prestasinya kerana gagal menyaingi kekuatan kewangan luar biasa Kelantan sehingga ada yang menggelar Kelantan sebagai "The Galacticos Malaysia" menyebabkan pasukan-pasukan lain tidak mampu bersaing. Jika disentuh soal kehadiran penyokong ke stadium, hanya Stadium Sultan Muhammad IV sahaja yang sentiasa penuh - kemana pergi penyokong-penyokong yang sentiasa memenuhi Stadium Darul Aman, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Stadium Negeri Perak dan mungkin Stadium Shah Alam. Kemana mereka menghilang ?

Betulkah Liga Malaysia tidak lagi menarik ?

Saturday, June 16, 2012

Tactical Analysis | Pahang [3] - [3] ATM


Kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama masing-masing di tangga pertama dan kedua Liga Perdana dimana pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas dengan kelebihan jaringan gol. Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, kedua-dua pasukan mahu mencatakan kemenangan seterusnya mendapatkan 3 mata penuh untuk menjarakkan kedudukan. Perlawanan ini juga dianggap sebagai "potential title decider" untuk saingan Liga Perdana musim ini.

Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menurunkan formasi 4-4-2 yang lebih kepada menyerang.

Azraie (GK)
Jalalludin - Khairul - Syawal - Shahrizan
Azamuddin - Boris - Kamal - Gopinathan
Maycon - Fauzi

Manakala jurulatih ATM, B.Sathiananthan kelihatan menurunkan formasi ala Germany. 4-2-3-1 dengan seorang "passer" (Rezal) dan seorang "playmaker"  (Bruno Martelotto)

Farizal Harun (GK)
Irwan - Aidil - Amir Taj - Azmimuslim
Rezal - Bruno
Zaquan - Hai-O - Christie
Marlon

Pahang 

Dollah Salleh tidak dapat menurunkan barisan terbaiknya pada perlawanan ini kerana beberapa orang pemain tonggaknya mengalami kecederaan dan pergantungan perlawanan. Azraie di posisi penjaga gol dibantu oleh Khairul dan Syawal sebagai bek tengah manakala Jalaluddin Jaafar dan Shahrizan selaku "full-back" agak mengejutkan jika dilihat kepada usia Jalaluddin yang kini mencecah usia 37 tahun masih mampu beraksi, tambahan pula selaku seorang "full-back" malahan beliau juga masih mampu untuk membuat "over-lapping". 

Di tengah, Kamal dan pemain import, Boris digandingkan bersama, Boris beraksi selaku "box-to-box midfielder" yang kerapa menjana serangan pasukan Tok Gajah. Manakala Kamal pula lebih kepada "all-round midfielder" yang membantu di semua situasi sama ada menyerang atau bertahan. Di sayap kanan dan kiri, Azamuddin Akil dan permata baru Pahang, Gopinanthan diturunkan. Azamuddin seperti beraksi dalam skuad kebangsaan, lebih kepada "inside forward" yang suka tewaskan pemain pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Gopi berfungsi seperti Kunanlan yang akan "drag" pemain pertahanan lawan keluar dari posisi.

Di bahagian serangan, pemain import, Maycon Carvalho bergandingan bersama Fauzi Roslan. Maycon lebih kepada seorang "target-man" dan Fauzi pula seorang penyerang yang akan berlegar di kawasan menyerang dan membantu kedua-dua pemain sayap. Dollah Salleh menerapkan permainan "direct ball" yang dihantar terus kepada Maycon.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Berbeza dari Dollah Salleh, Sathia menurunkan kesebelasan terbaik beliau dengan beberapa pemain kebangsaan yang sedang dalam momentum kemenangan dengan skuad kebangsaan. Farizal Harun di gawang manakala Aidil Zafuan dan Amiridzuan Taj selaku bek tengah di bantu Azmimuslim dan Irwan Fadzly Idrus selaku "full-back" Amirridzuan Taj ditugaskan untuk "mark" penyerang import Pahang, Maycon Carvalho. Irwan dan Azmimuslim masing-masing kerap naik melakukan "over-lapping". Selepas 20 minit perlawanan berlansung, Amir Taj mengalami kecederaan lalu digantikan dengan A.Varanthan. Seorang "left-back" dimasukkan mengganti bek tengah. Lalu merombak struktur pertahanan menjadi Azmimuslim (RB) - Aidil (CB) Irwan (CB) Varanthan (LB) apabila seorang "natural full-back" diletakkan di tengah, maka beliau akan lebih cenderung untuk mengawal bola naik ke-atas meninggalkan Aidil Zafuan keseorangan menyebabkan banyak ruang terbuka buat penyerang Pahang.

Di tengah, Rezal Zambery Yahya diturunkan selaku seorang "passer" manakala Bruno selaku "advance playmaker" yang berada sedikit keatas berbanding Rezal. Seperti Pahang, Zaquan lebih cenderung untuk tewaskan pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Christie akan menggunakan kelebihan larian laju untuk mengheret pemain pertahanan Pahang keluar posisi.

Di jentera serangan, Marlon selaku "target-man" makala Hairuddin Omar akan berada di "hole" antara pertahanan dan "midfielder" Pahang. Bertindak selaku "feeder" yang akan menjadi penyambung antara pemain tengah dan Marlon. ATM lebih bermain secara "short-pass" dan akan menjana serangan bermula dari bawah. Sebelum tamat separuh masa pertama, Rezal yang seakan tidak berfungsi dikeluarkan dan dingantikan dengan K.Reuben selaku "ball-winning-midfielder" 



Tuesday, June 12, 2012

Players Analysis | Malaysia [2] - [0] Singapore

Harimau Malaya sudah bangkit dari lena. Singapura tewas 2-0 di tangan pasukan Malaysia walaupun menurunkan rata-rata pemain yang lebih berpengalaman berbanding ketika mengikat Malaysia di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Kembalinya Mustafiq Fahrudin, Daniel Bannet, Qiu Li dan Aleksandar Duric tidak memberi apa-apa kesan kepada keputusan perlawanan. Jelas Harimau Malaya mendominasi perlawanan dari sepak mula hingga ke wisel penamat.

Players Analysis

Khairul Fahmi : Beliau tidak banyak di uji pada perlawanan ini, jadi tidak banyak yang perlu di ceritakan tentang pemain ini.

Amiridzwan Taj : Menjadi "partner" kepada Aidil di posisi pertahanan tengah (kiri), beliau beraksi dengan cukup baik. Bijak membaca permainan dan banyak melakukan "interceptions". Beliau "man-mark" Aleksandar Duric dengan berkesan sekali. Rajagobal menurunkan beliau mungkin kerana kelebihan fizikal yang dimiliki beliau.

Aidil Zafuan : Seperti biasa. Tenang dan cemerlang!

Bunyamin : Beraksi di posisi pertahanan kanan, beliau sekali sekala naik membuat "over-lapping" dan berjaya menghatar beberapa "through-ball" yang menarik kepada pemain penyerang.

Fadhli Shas : Bermain di posisi pertahanan kiri. Satu pengalaman baru buat beliau yang merupakan seorang pemain pertahanan tengah, namun siapa sangka, walaupun kali pertama beraksi sebagai pertahanan kiri. Fadhli yang lebih "static" daripada Bunyamin beraksi dengan "solid" dengan kerap kali berjaya membantu rakan-rakan di pertahanan tengah.

Gurusamy : Seperti biasa, beliau ditugaskan selaku "ball-winning-midfielder" berjaya melangsaikan tugas beliau dengan berjaya. "Work-rate" yang tinggi membuatkan pemain-pemain Singapura "frust" setiap kali Gurusamy memenangi bola ketika mereka menyerang. Beliau seakan "ball-magnet".

Safiq Rahim : "Captain fantastic!" selepas aksi longlai di beberapa perlawanan lepas, Safiq kali ini tampil lebih berkeyakinan dan seolah-olah "dilahirkan semula" dan tidak banyak melakukan hantaran-hantaran yang sia-sia seperti dalam beberapa perlawanan lepas. Mengenai sepakan percuma beliau. His right-foot is programmable! Beliau merupakan "playmaker" utama Harimau Malaya pada perlawanan ini.

Kunanlan : Bermain di sayap kiri. Kunanlan dilihat lebih kepada seorang "inside forward". Beliau lebih gemar membuat larian deras di tepi garisan padang sebelum "cut-inside" ke dalam kotak penalti Singapura dan apabila ini berlaku, sekurang-kurangnya 3 pemain pertahanan Singapura akan keluar dari posisi membuka ruang kepada pemain Malaysia lain (Matyo, Shakir Ali, Safiq, Azamuddin) untuk melakukan "finishing" namun penyokong kerap kali dikecewakan dengan "final-pass" daripada Kunanlan.

Azamuddin Akil : Nicknamed as Alex, beliau berada di segenap padang cuba mendapatkan bola. Di posisi sayap kanan, berperanan sama seperti Kunanlan selaku "inside forward" Alex lebih gemar untuk "beat" pemain pertahanan lawan secara "one-on-one" lebih "direct" berbanding Kunanlan. Menggelecek dan terus membuat "final-pass" atau pun terus melakukan rembatan. Inilah jenis pemain yang diperlukan oleh Rajagobal, pemain yang rajin untuk turun mendapatkan bola.

Norshahrul : Fantastic for tonight, berada di "hole" antara jentera tengah dan pertahanan Singapura, Matyo turun selaku "advance playmaker" yang lebih sebagai seorang "creator" berbanding "finisher" dan kedua-dua gol pasukan Malaysia berpunca daripada Matyo. Form beliau dalam pasukan kebangsaan kini dilihat lebih baik berbanding form dalam pasukan Kelantan.

Shakir Ali : Laju, bijak dan licik itulah Shakir Ali. Menjaringkan gol hasil tandukan ala pemain Manchester United, Javier Hernandez dan banyak melakukan larian-larian bahaya daripada belakang pemain pertahanan lawan. Prospek yang dulunya pernah bersinar dan kemudianya sinar itu malap buat seketika tetapi sekali lagi, Azraai Khor Abdullah berjaya menggilap kembali bakat pemain muda ini.




Tahniah Harimau Malaya!

Thursday, June 7, 2012

Preview | Singapore Vs Malaysia


Ya, tidak mungkin Rajagobal akan menggunakan formasi ini kerana beliau terlalu 'terikat' dengan formasi tradisional 4-4-2 dan dengan Safiq Rahim selaku pemain kesebelasan utama automatik. Preview ini dibuat tiada kena mengena dengan kepala otak Rajagobal. Ini hanya sekadar untuk melontarkan pendapat seorang pemerhati dari luar yang tidak kenal akan setiap pemain kebangsaan. Langsung tidak mengenali. Langsung.


Harimau Malaya tidak boleh kalah dengan pasukan seberang tambak walaupun ini hanya perlawanan persahabatan yang keputusannya akan dikira dalam kedudukan ranking (tapi tidak mengapa kerana ranking tidak membawa apa-apa makna dan tidak penting sama sekali) Singapura sejak sekian lama telah menjadi musuh tradisi. Dapat kita lihat bertapa kuatnya "rivalry" antara kedua-dua negara ini sejak era Uncle Choo lagi (Siapa yang tak kenal Uncle Choo sila google) dimana Uncle Choo akhirnya berjaya mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Singapura. Jadi, perlawanan ini sangat penting pada nilai maruah negara Malaysia.

The Tactical 

Memandangkan Singapura lebih suka bermain dengan formasi 4-4-2 jadi aku lebih suka Malaysia bermain dengan formasi 4-2-3-1 yang sebenar (tidak seperti ketika menentang Filipina) kerana ini akan memberikan Malaysia seorang "extra man" di bahagian tengah dan dapat memberi keseimbangan ketika bertahan dan juga menyerang. Dua orang "holding midfielder" akan memberi "extra shield" kepada barisan pertahanan manakala  empat pemain diatas menyerang.

Di posisi penjaga gol, aku memilih Khairul Fahmi Che Mat walaupun Farizal Marlias beraksi cemerlang ketika menentang Filipina tempoh hari. Pemilihan ini berdasarkan pengalaman menentang Singapura yang ada pada Apek. Beliau lah yang banyak menyelamatkan gawang negara dalam perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil (Stadium Jalan Besar (Sharbinee) : tewas 5-3, SSBJ (Apek) : seri 1-1)

 "Back-four" aku hanya melakukan satu perubahan dimana Sabre Abu di masukkan kedalam kesebelasan utama menggantikan Azmimuslim. Sabre lebih selesa mengawal bola berbanding Azmi dan lebih gemar untuk membuat "overlapping". Walaupun Sabre lambat sedikit untuk turun bertahan namun seorang "defensive midfield" boleh cover, yang penting Sabre boleh "provide width". Di tengah, Aidil dan Fadhli dikekalkan, mereka beraksi baik ketika menentang Filipina manakala di posisi bek kanan, Mahali diturunkan dengan tugas sama seperti Sabre Abu.

Ya, aku drop Kapitan Safiq Rahim di tengah. Memberi peluang kepada Amar Rohidan berganding dengan Gurusamy. Gurusamy diturunkan selaku "ball-winning-midfielder" manakala Amar Rohidan lebih kepada seorang "deep-lying-playmaker" kerana beliau mempunyai kualiti hantaran yang baik. Beliau akan turut membantu bertahan dan sebaik sahaja menerima bola, beliau perlu terus membuat hantaran kepada pemain-pemain sayap atau pun "attacking-player" yang tidak dikawal.

Dua orang pemain sayap yang laju diturunkan - Shahurain (Right-footed) dan Kunanlan (Right-footed) buat larian laju di tepi garisan dan cuba "drag" pertahanan Singapura supaya keluar dari posisi sebelum melakukan hantaran-hantaran kreatif kepada penyerang. Mereka juga lebih bebas untuk "drift-in" ke dalam "penalty-box" Singapura. Aku lebih suka pemain sayap lebih bebas untuk bertukar-tukar posisi antara satu sama lain.

Norshahrul pula diturunkan selaku "number 10" bermain seperti Rooney di Man Utd. Seorang "attacking-midfielder" beliau seorang pemain yang kreatif dan bijak mencipta peluang kepada pemain lain dan beliau juga mampu menjaringkan gol. Berikan beliau kebebasan untuk "roaming" sepenuhnya. Aku mengekalkan Safee Sali walaupun beliau ketandusan jaringan antarabangsa sejak 11 bulan yang lalu kerana berdasarkan pemerhatian aku selepas perlawanan menentang Filipina tempoh hari beliau begitu bersungguh-sungguh dan berazam tinggi untuk menutup mulut pengkritik yang mula mengkritik kredibiliti beliau selaku penyerang bernilai jutaan ringgit.

Sekadar pandangan dari luar !

Tuesday, June 5, 2012

Malaysia's Next Big Thing | Afif Farhan


Jika Nazmi Faiz Mansor yang mula bersinar pada usia 18 tahun dan baru-baru ini telah mengikat kontrak 3 tahun bersama kelab divisyen pertama di Portugal, S.C Beira-Mar kini Ong Kim Swee "highlight" seorang lagi pemain muda yang menurut beliau akan dapat menjadi lebih baik dari Nazmi.


Pemain yang dimaksudkan ialah, Muhd Ariff Farhan Md Isa yang baru berusia 16 tahun yang kini sedang menyinar di Slovakia bersama skuad bawah 22 tahun negara. Beliau yang merupakan seorang lagi produk daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu beraksi selaku "full-back" dan juga pemain tengah (lebih selesa beraksi di tengah)

Tidak seperti Nazmi Faiz (lebih kepada "attacking-minded") Ariff lebih kepada seorang "all-round-midfielder" yang bagus dalam gerakan menyerang dan juga rajin turun ke bawah untuk mendapatkan bola (Seperti : Yaya Toure, Danielle De Rossi, dan Nuri Sahin) pakej lengkap untuk seorang pemain tengah.


Kim Swee juga berkata prestasi Arif akan dipantau dan mungkin akan dibawa untuk kejohanan AFC di Myanmar bermula 23 Jun ini. Kim Swee juga mengesahkan bahawa beliau akan mendaftar pemain kelahiran Pokok Sena itu untuk menggantikan tempat Nazmi Faiz Mansor untuk Liga Singapura.

Dengan "media attention" yang diperolehi oleh Safee Sali (Pelita Jaya, Indonesia) dan Nazmi Faiz (S.C Beira-Mar, Portugal) tidak mustahil dalam masa beberapa tahun lagi, Ariff Farhan akan mula dipancing oleh kelab-kelab di luar negara. Dunia mula sedar bahawa Malaysia juga mempunyai pemain-pemain berbakat walaupun badan induk bolasepak Malaysia sendiri (FAM) tidak mementingkan ranking.

Good luck Ariff Farhan !