Wednesday, May 30, 2012

Piala AFC 2012 | Keita Mandjou sertai Kelantan


Dengan berakhirnya tempoh kontrak Nwoha Onyekachi, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menunggu lama untuk menandatangani seorang penyerang asal Guinea, Mandjou Keita dalam usaha untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala AFC 2012. 

Menurut presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak. Menurutnya lagi, Keita Mandjou bersetuju untuk menyertai skuad Piala AFC Kelantan bermula bulan Jun ini bagi menguatkan jentera serangan Kelantan untuk cabaran suku akhir Piala AFC 2012 dan peringkat seterusnya (jika berjaya di suku akhir)

Keita Mandjou dijangka tiba di Kota Bharu pada minggu hadapan dan akan melalukan "debut" pertama bersama The Red Warriors pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 8 jun nanti.

Beliau merupakan "top scorer" di Liga India ketika bersama kelab Pune FC dengan menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan, satu rekod yang memberansangkan untuk seorang penyerang yang kini berusia mencecah 32 tahun. Beliau juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super Malaysia ketika bersama pasukan Perak pada musim 2006. Kepada Keita Mandjou, selamat datang ke Kelantan, mohon pamerkan aksi terbaik anda kerana anda kini bersama pasukan juara. 

No comments:

Post a Comment