Wednesday, May 30, 2012

Piala AFC 2012 | Keita Mandjou sertai Kelantan


Dengan berakhirnya tempoh kontrak Nwoha Onyekachi, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak menunggu lama untuk menandatangani seorang penyerang asal Guinea, Mandjou Keita dalam usaha untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan Piala AFC 2012. 

Menurut presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua belah pihak. Menurutnya lagi, Keita Mandjou bersetuju untuk menyertai skuad Piala AFC Kelantan bermula bulan Jun ini bagi menguatkan jentera serangan Kelantan untuk cabaran suku akhir Piala AFC 2012 dan peringkat seterusnya (jika berjaya di suku akhir)

Keita Mandjou dijangka tiba di Kota Bharu pada minggu hadapan dan akan melalukan "debut" pertama bersama The Red Warriors pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 8 jun nanti.

Beliau merupakan "top scorer" di Liga India ketika bersama kelab Pune FC dengan menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan, satu rekod yang memberansangkan untuk seorang penyerang yang kini berusia mencecah 32 tahun. Beliau juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super Malaysia ketika bersama pasukan Perak pada musim 2006. Kepada Keita Mandjou, selamat datang ke Kelantan, mohon pamerkan aksi terbaik anda kerana anda kini bersama pasukan juara. 

Monday, May 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 | Kaka Malaysia dalam skuad ?

Nazmi di Portugal

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal kini dalam persiapan awal dalam memperkasa pasukanya untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan dihoskan bersama oleh Malaysia dan Thailand. Selaku juara bertahan dan pasukan pilihan, tekanan pasti sudah dirasai oleh Rajagobal untuk memenuhi harapan menggunung para penyokong Harimau Malaya yang pasti inginkan episod kejayaan 2010 diulangi.

Namun kini pasukan bimbingan Rajagobal dilihat belum cukup bersedia menghadapi kejohanan yang bakal berlansung pada bulan november nanti apabila masih tidak mampu untuk mempamerkan aksi mantap dalam perlawanan-perlawanan persahabatan yang diatur sama ada menentang pasukan Liga Super mahupun negara-negara lain.

Masalah keserasian dan kepincangan di barisan tengah negara dilihat begitu meruncing dimana di posisi tersebut, "regular player" seperti ketua pasukan, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K.Gurusamy dan beberapa lagi pemain masih tidak mampu menyumbang "creativity" kepada pasukan.

Penyelesaian terbaik ialah K.Rajagobal perlu menyerap pemain muda negara yang beraksi di kelab divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar iaitu Nazmi Faiz kedalam skuad senior negara untuk menyelasaikan masalah "cretivity" di bahagian tengah. Nazmi mampu "dribbles" dan juga mampu membuat hantaran-hantara jauh yang tepat seperti yang dipertontonkan ketika bersama skuad Harimau Muda di kejohanan Sukan Sea yang lalu.

Apabila ditanyakan K.Rajagobal sama ada beliau akan serap Nazmi ke skuad senior, ini jawapan beliau " I'll monitor his progress at the AFC U22 qualifiers. If he does well, I'll consider him for the Suzuki Cup" - Peluang untuk Nazmi menyarung jersi skuad senior dilihat begitu cerah dengan prestasinya sekarang yang dilihat begitu konsisten. 

boa sorte Nazmi !

Saturday, May 26, 2012

Kelantan sekadar seri | Hasni Zaidi calon pemain pinjaman

Credit : ShazliShamsuddin
Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila diikat seri tanpa jaringan oleh Johor FC di Stadium J-Corp, Pasir Gudang. Jelas jadual yang sangat padat menggangu momentum pasukan Kelantan apabila masalah "fatigue" atau keletihan dilihat menjadi penyebab utama The Red Warriors gagal mengutip 3 mata penuh menentang pasukan kelompok bawahan Liga Super tersebut.

Bojan Hodak yang menurunkan kebanyakan pemain yang direhatkan ketika perlawanan Piala AFC menentang Terengganu tempoh hari. Formasi biasa, 4-4-2 diterapkan oleh Bojan Hodak manakala Sazali Saidon yang kehilangan lebih kurang 7 orang pemain tonggak menggunakan formasi 4-5-1 dengan Arthuro sebagai "lone striker"

Pada babak pertama, "extra man" yang dimiliki oleh Johor FC di bahagian tengah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain tuan rumah, statistik perlawanan jelas menunjukkan Johor FC menguasai perlawanan dengan pemain-pemain Kelantan hanya "ball-watching" sahaja. Perlawanan mula seimbang selepas 20 minit apabila Norfarhan diarah untuk "drop-deeper" menjadikan formasi 4-4-1-1. Tamat perlawanan : Johor FC [0] - [0] Kelantan.



Seorang pemain yang menarik perhatian pada malam ini ialah bek kiri pasukan Johor FC, Hasni Zaidi Jamian yang berusia 22 tahun. Beliau berjaya menjalankan tugasnya dengan berkesan sekali apabila S.Chanturu dilihat seolah-olah tidak bermain pada perlawanan tersebut. Beliau mempunyai "pace" yang cukup baik untuk seorang pemain pertahanan.

Walaupun bertubuh kecil, namun ia bukanya satu masalah utuk seorang "full-back" yang penting ialah disiplin apabila diberi tugas untuk "marking" pemain lawan. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk terus memperkasa pasukan Kelantan maka penulis berasa Hasni Zaidi adalah calon pemain pinjaman terbaik untuk menghadapi saingan Piala Malaysia nanti.

Johor Fc yang kini di kelompok 3 tercorot Liga Super dirasakan tidak layak untuk bersaing dalam saingan Piala Malaysia tahun ini mencerahkan lagi peluang Kelantan untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Selain itu, Kelantan sememangnya memerlukan seorang bek kiri dek kerana kecederaan jangka panjang yang dialami oleh Aziz Ismail.

Perkara biasa di dalam mana-mana pasukan bolasepak di dunia, di setiap posisi sekurang-kurangnya perlu ada dua orang pemain. Kelantan sekarang hanya mempunyai Zairul Fitree. (Aziz *Injured) (Subra, Farisham *natural center back/static) maka seorang lagi "wing-back" diperlukan untuk "provide width". Hasni Zaidi Jamian mempunyai pakej lengkap dan mempunyai ciri-ciri pemain bek kiri yang diperlukan oleh pasukan Kelantan.



Wednesday, May 23, 2012

Kelantan [3] - [2] Terengganu | Kelantan teruskan kemaraan

Credit : ShazliShamsuddin

Perlawanan ditangguhkan selama 30 minit akibat hujan lebat tetapi ia tidak melunturkan sama sekali semangat para peminat The Red Warriors yang tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing. Kesetiaan mereka terbalas apabila Kelantan berjaya menewaskan Terengganu 3-2 dan meneruskan kemaraan dalam saingan peringkat Asia, Piala AFC 2012.

Dua gol daripada Norfarhan Muhammad dan satu gol hasil "World class freekick" daripada Rizal Fahmi Rosid meletakkan Kelantan berkedudukan selesa dengan tiga gol di hadapan di babak pertama perlawanan. Masuk babak kedua perlawanan, masalah kepadatan jadual dengan 2 "high profile game" secara berturut-turut menimbulkan masalah "fatigue" di kalangan pemain Kelantan dan Terengganu mula "penetrate". 

Mereka berjaya mendapatkan dua gol hasil jaringan cantik Ismail Faruqi dan tendangan penalti penyerang mereka Forkey Doe selepas Obinna dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Abdul Hadi Yahya dalam kotak penalti. Di akhir babak kedua, Terengganu menggunakan kesempatan di atas Kelantan yang bermain dengan 10 pemain terus mengasak pertahanan Kelantan sehingga memaksa Bojan Hodak "gamble" dengan memasukkan Subra yang masih berbalut di kepalanya.

Tamat perlawanan - Kelantan [3] - [2] Terengganu sekaligus menyaksikan satu lagi sejarah tercipta apabila julung kalinya pasukan Kelantan layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2012. Namun apa yang mendukacitakan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mungkin di denda sehingga 10 ribu ringgit akibat tindakan segelintir penyokong yang bertindak bodoh membaling mercun dan botol air ke padang.


TheSkipper10 says : Letakkan papan tanda di atas di setiap pintu masuk stadium dan tugaskan seorang pegawai bekalkan dia dengan sedikit pisang, jika ada penyokong yang membaling objek ke padang, bagi lah pisang tersebut kepada dia