Friday, August 3, 2012

Transfer Target : Baddrol Bakhtiar

Saingan Liga Super untuk musim 2012 telah pun tamat dimana Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan yang diraih pada musim 2011 dengan sekali lagi menjadi juara Liga Super meninggalkan pasukan seberang tambak. Lions XII selaku naib johan dan Selangor di tangga ketiga.


Walaupun saingan Piala Malaysia belum pun lagi bermula, pasukan-pasukan utama Liga Super sudah mula mengorak langkah awal mendekati pemain-pemain yang mereka idamkan, tidak ketinggalan juga pasukan Kelantan. 

Setiap kali akhir musim, nama Baddrol Bakhtiar pasti menjadi sebutan penyokong-penyokong Kelantan. Beliau kini sudah hampir dua musim dikaitkan dengan Kelantan namun kesetiaan beliau dengan pasukan Kedah menjadi penghalang kepada penghijrahan ini berlaku.

Untuk musim ini, peluang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini tampak cerah apabila masa depan pasukan Kedah masih belum terjawab. (sama ada beraksi di Liga Perdana atau kekal di Liga Super)


Dengan kepadatan jadual yang akan dihadapi Kelantan pada musim hadapan dan faktor usia Badhri Radzi yang kini mencecah angka 30, penambahan Baddrol Bakhtiar dilihat amat wajar kerana untuk musim 2012, Badhri Radzi dilihat tidak mempunyai rehat yang cukup dimana beliau terpaksa diturunkan pada setiap perlawanan (Indra lebih efektif di posisi sayap)

Baddrol Bakhtiar yang cukup popular dengan kelebihan teknikal beliau merupakan type of player yang diperlukan oleh pasukan Kelantan. Beliau merupakan seorang utility player, beliau mampu beraksi di posisi sayap kiri, sayap kanan, tengah malahan selaku back-up striker.

Sambar Baddrol !




Kumpulan B sebagai "Group of Death"


Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia telah dilakukan petang tadi. Semasa majlis tersebut berlangsung, pelancaran logo Piala Malaysia 2012 turut dilakukan. 


Percaturan diatas kertas di dalam kumpulan A, Lions XII dilihat seperti tiada masalah. Munkin pasukan yang bakal mencabar Lion XII hanyalah PKNS FC.


Jika dilihat secara kasar, nampaknya seperti kumpulan B boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut. Juara liga super dan juara liga perdana berada di dalam satu kumpulan yang sama. Terengganu juga tidak boleh dipandang mudah begitu juga dengan kedah. Walaupun tahun depan Kedah akan beraksi di dalam Liga Perdana, munkin Piala Malaysia ini mereka ingin membuktikan sesuatu.
Kumpulan C boleh dianggap persaingan terbuka. Kesemua pasukan kelihatan seimbang dan mempunyai kekuatan masing-masing. Sime Darby telah mempunyai pengalaman beraksi diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia apabila sampai ke final Piala FA menentang kelantan
Kumpulan D juga agak terbuka. Selangor sudah semestinya ingin menebus kembali kekecewaan tahun lalu. Misi 33 mereka tahun lalu gagal. Tahun ini munkin misi itu akan diteruskan lagi.
Ok. Kita tunggu sepak mula Piala Malaysia 2012 yang bakal bermula pada 23 Ogos 2012 nanti. Sama-samalah kita menyokong bola sepak Malaysia.