Wednesday, May 23, 2012

Kelantan [3] - [2] Terengganu | Kelantan teruskan kemaraan

Credit : ShazliShamsuddin

Perlawanan ditangguhkan selama 30 minit akibat hujan lebat tetapi ia tidak melunturkan sama sekali semangat para peminat The Red Warriors yang tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing. Kesetiaan mereka terbalas apabila Kelantan berjaya menewaskan Terengganu 3-2 dan meneruskan kemaraan dalam saingan peringkat Asia, Piala AFC 2012.

Dua gol daripada Norfarhan Muhammad dan satu gol hasil "World class freekick" daripada Rizal Fahmi Rosid meletakkan Kelantan berkedudukan selesa dengan tiga gol di hadapan di babak pertama perlawanan. Masuk babak kedua perlawanan, masalah kepadatan jadual dengan 2 "high profile game" secara berturut-turut menimbulkan masalah "fatigue" di kalangan pemain Kelantan dan Terengganu mula "penetrate". 

Mereka berjaya mendapatkan dua gol hasil jaringan cantik Ismail Faruqi dan tendangan penalti penyerang mereka Forkey Doe selepas Obinna dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Abdul Hadi Yahya dalam kotak penalti. Di akhir babak kedua, Terengganu menggunakan kesempatan di atas Kelantan yang bermain dengan 10 pemain terus mengasak pertahanan Kelantan sehingga memaksa Bojan Hodak "gamble" dengan memasukkan Subra yang masih berbalut di kepalanya.

Tamat perlawanan - Kelantan [3] - [2] Terengganu sekaligus menyaksikan satu lagi sejarah tercipta apabila julung kalinya pasukan Kelantan layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2012. Namun apa yang mendukacitakan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mungkin di denda sehingga 10 ribu ringgit akibat tindakan segelintir penyokong yang bertindak bodoh membaling mercun dan botol air ke padang.


TheSkipper10 says : Letakkan papan tanda di atas di setiap pintu masuk stadium dan tugaskan seorang pegawai bekalkan dia dengan sedikit pisang, jika ada penyokong yang membaling objek ke padang, bagi lah pisang tersebut kepada dia


No comments:

Post a Comment