Saturday, May 26, 2012

Kelantan sekadar seri | Hasni Zaidi calon pemain pinjaman

Credit : ShazliShamsuddin
Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila diikat seri tanpa jaringan oleh Johor FC di Stadium J-Corp, Pasir Gudang. Jelas jadual yang sangat padat menggangu momentum pasukan Kelantan apabila masalah "fatigue" atau keletihan dilihat menjadi penyebab utama The Red Warriors gagal mengutip 3 mata penuh menentang pasukan kelompok bawahan Liga Super tersebut.

Bojan Hodak yang menurunkan kebanyakan pemain yang direhatkan ketika perlawanan Piala AFC menentang Terengganu tempoh hari. Formasi biasa, 4-4-2 diterapkan oleh Bojan Hodak manakala Sazali Saidon yang kehilangan lebih kurang 7 orang pemain tonggak menggunakan formasi 4-5-1 dengan Arthuro sebagai "lone striker"

Pada babak pertama, "extra man" yang dimiliki oleh Johor FC di bahagian tengah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain tuan rumah, statistik perlawanan jelas menunjukkan Johor FC menguasai perlawanan dengan pemain-pemain Kelantan hanya "ball-watching" sahaja. Perlawanan mula seimbang selepas 20 minit apabila Norfarhan diarah untuk "drop-deeper" menjadikan formasi 4-4-1-1. Tamat perlawanan : Johor FC [0] - [0] Kelantan.



Seorang pemain yang menarik perhatian pada malam ini ialah bek kiri pasukan Johor FC, Hasni Zaidi Jamian yang berusia 22 tahun. Beliau berjaya menjalankan tugasnya dengan berkesan sekali apabila S.Chanturu dilihat seolah-olah tidak bermain pada perlawanan tersebut. Beliau mempunyai "pace" yang cukup baik untuk seorang pemain pertahanan.

Walaupun bertubuh kecil, namun ia bukanya satu masalah utuk seorang "full-back" yang penting ialah disiplin apabila diberi tugas untuk "marking" pemain lawan. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Annuar Musa untuk terus memperkasa pasukan Kelantan maka penulis berasa Hasni Zaidi adalah calon pemain pinjaman terbaik untuk menghadapi saingan Piala Malaysia nanti.

Johor Fc yang kini di kelompok 3 tercorot Liga Super dirasakan tidak layak untuk bersaing dalam saingan Piala Malaysia tahun ini mencerahkan lagi peluang Kelantan untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Selain itu, Kelantan sememangnya memerlukan seorang bek kiri dek kerana kecederaan jangka panjang yang dialami oleh Aziz Ismail.

Perkara biasa di dalam mana-mana pasukan bolasepak di dunia, di setiap posisi sekurang-kurangnya perlu ada dua orang pemain. Kelantan sekarang hanya mempunyai Zairul Fitree. (Aziz *Injured) (Subra, Farisham *natural center back/static) maka seorang lagi "wing-back" diperlukan untuk "provide width". Hasni Zaidi Jamian mempunyai pakej lengkap dan mempunyai ciri-ciri pemain bek kiri yang diperlukan oleh pasukan Kelantan.



No comments:

Post a Comment