Kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata yang sama masing-masing di tangga pertama dan kedua Liga Perdana dimana pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas dengan kelebihan jaringan gol. Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, kedua-dua pasukan mahu mencatakan kemenangan seterusnya mendapatkan 3 mata penuh untuk menjarakkan kedudukan. Perlawanan ini juga dianggap sebagai "potential title decider" untuk saingan Liga Perdana musim ini.
Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menurunkan formasi 4-4-2 yang lebih kepada menyerang.
Jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh menurunkan formasi 4-4-2 yang lebih kepada menyerang.
Azraie (GK)
Jalalludin - Khairul - Syawal - Shahrizan
Azamuddin - Boris - Kamal - Gopinathan
Maycon - Fauzi
Manakala jurulatih ATM, B.Sathiananthan kelihatan menurunkan formasi ala Germany. 4-2-3-1 dengan seorang "passer" (Rezal) dan seorang "playmaker" (Bruno Martelotto)
Farizal Harun (GK)
Irwan - Aidil - Amir Taj - Azmimuslim
Rezal - Bruno
Zaquan - Hai-O - Christie
Marlon
Pahang
Dollah Salleh tidak dapat menurunkan barisan terbaiknya pada perlawanan ini kerana beberapa orang pemain tonggaknya mengalami kecederaan dan pergantungan perlawanan. Azraie di posisi penjaga gol dibantu oleh Khairul dan Syawal sebagai bek tengah manakala Jalaluddin Jaafar dan Shahrizan selaku "full-back" agak mengejutkan jika dilihat kepada usia Jalaluddin yang kini mencecah usia 37 tahun masih mampu beraksi, tambahan pula selaku seorang "full-back" malahan beliau juga masih mampu untuk membuat "over-lapping".
Di tengah, Kamal dan pemain import, Boris digandingkan bersama, Boris beraksi selaku "box-to-box midfielder" yang kerapa menjana serangan pasukan Tok Gajah. Manakala Kamal pula lebih kepada "all-round midfielder" yang membantu di semua situasi sama ada menyerang atau bertahan. Di sayap kanan dan kiri, Azamuddin Akil dan permata baru Pahang, Gopinanthan diturunkan. Azamuddin seperti beraksi dalam skuad kebangsaan, lebih kepada "inside forward" yang suka tewaskan pemain pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Gopi berfungsi seperti Kunanlan yang akan "drag" pemain pertahanan lawan keluar dari posisi.
Di bahagian serangan, pemain import, Maycon Carvalho bergandingan bersama Fauzi Roslan. Maycon lebih kepada seorang "target-man" dan Fauzi pula seorang penyerang yang akan berlegar di kawasan menyerang dan membantu kedua-dua pemain sayap. Dollah Salleh menerapkan permainan "direct ball" yang dihantar terus kepada Maycon.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Berbeza dari Dollah Salleh, Sathia menurunkan kesebelasan terbaik beliau dengan beberapa pemain kebangsaan yang sedang dalam momentum kemenangan dengan skuad kebangsaan. Farizal Harun di gawang manakala Aidil Zafuan dan Amiridzuan Taj selaku bek tengah di bantu Azmimuslim dan Irwan Fadzly Idrus selaku "full-back" Amirridzuan Taj ditugaskan untuk "mark" penyerang import Pahang, Maycon Carvalho. Irwan dan Azmimuslim masing-masing kerap naik melakukan "over-lapping". Selepas 20 minit perlawanan berlansung, Amir Taj mengalami kecederaan lalu digantikan dengan A.Varanthan. Seorang "left-back" dimasukkan mengganti bek tengah. Lalu merombak struktur pertahanan menjadi Azmimuslim (RB) - Aidil (CB) Irwan (CB) Varanthan (LB) apabila seorang "natural full-back" diletakkan di tengah, maka beliau akan lebih cenderung untuk mengawal bola naik ke-atas meninggalkan Aidil Zafuan keseorangan menyebabkan banyak ruang terbuka buat penyerang Pahang.
Di tengah, Rezal Zambery Yahya diturunkan selaku seorang "passer" manakala Bruno selaku "advance playmaker" yang berada sedikit keatas berbanding Rezal. Seperti Pahang, Zaquan lebih cenderung untuk tewaskan pertahanan lawan secara "one-on-one" manakala Christie akan menggunakan kelebihan larian laju untuk mengheret pemain pertahanan Pahang keluar posisi.
Di jentera serangan, Marlon selaku "target-man" makala Hairuddin Omar akan berada di "hole" antara pertahanan dan "midfielder" Pahang. Bertindak selaku "feeder" yang akan menjadi penyambung antara pemain tengah dan Marlon. ATM lebih bermain secara "short-pass" dan akan menjana serangan bermula dari bawah. Sebelum tamat separuh masa pertama, Rezal yang seakan tidak berfungsi dikeluarkan dan dingantikan dengan K.Reuben selaku "ball-winning-midfielder"