Friday, April 13, 2012

Kuala Lumpur [0] - [4] Felda United | Kesian Razif Ismail

Kuala Lumpur meneruskan rekod tanpa menang selepas tunduk mudah kepada antara pasukan yang berada di kelompok bawahan Liga Super iaitu Felda United. Tiga gol hasil jaringan penyerang pinjaman dari Kelantan, Nizad Ayub dan gol lewat Farderin Kadir sudah cukup untuk menjamin 3 mata berharga buat Elavarasan.

Kuala Lumpur

Selaku pemerhati dari luar, saya menyalahkan pihak pengurusan KLFA sepenuhnya ekoran kegagalan pasukan bimbingan Razif Ismail ini untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberi tentangan dalam semua saingan yang dipertandingkan. Saban musim, Kuala Lumpur berjaya melahirkan bakat-bakat baru namun saban musim juga pemain-pemain yang digilap Razif Ismail pergi meninggalkan pasukan akibat masalah yang dihadapi dengan pihak pengurusan.

Saya sendiri pernah menerima SMS dari seorang ex-player Kuala Lumpur yang menyatakan rasa kecewanya dengan sikap 'ambil mudah' pihak pengurusan KLFA. "Bro, player main bermati-matian tiap-tiap game, tapi tak dapat apa-apa, kami cari rezeki, kami ada anak bini, jadi kami terpaksa angkat kaki" - antara isi SMS tersebut.

Penyokong pasukan Kuala Lumpur (Kalau ada) tak boleh salahkan Razif Ismail 100 peratus dalam hal ini, kerana jika dilihat, pasukan Kuala Lumpur akan mula memberi saingan di penghujung musim dan bila tiba musim baru, ramai pemain angkat kaki dan prestasi pasukan kembali merudum. Yong Kuong Yong, See Kok Luen, Norazlan Razali, Shahrom Kalam merupakan antara pemain tonggak yang bertindak keluar daripada pasukan pada musim lepas meninggalkan Razif Ismail terpinga-pinga kebingungan mencari pengganti.

Jika masalah pengurusan terus membelenggu pasukan, antara bakat yang mula bersinar sekarang seperti penyerang, Muhammad Afiq Azmi, pemain tengah, Muhd Zameer Zainun juga mungkin bertindak keluar dari pasukan pada musim depan, sekali lagi memaksa Razif Ismail merombak pasukan.

Wednesday, April 4, 2012

Analisis Taktikal - Kelantan [3] - [0] Arema Indonesia


Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV semalam selepas menundukan Arema Indonesia dengan keputusan 3-0 menerusi hattrick penyerang import, Mohamad Ghaddar.

Kelantan bermain dengan high pressing game apabila Arema mengawal bola. Pressing dimulakan oleh Denny Antwi yang kerap pressing kedua-dua center back Arema memaksa mereka bermain long pass dimana mereka kerap kehilangan bola. Work rate Antwi wajar dipuji.

Permainan Kelantan sangat flexible dimana kedua-dua winger (Azwan Roya dan Chanturu) bebas berlari ke dalam atau ke luar namun kedua-duanya lebih cenderung untuk drift-in untuk mengheret right back/left back Arema keluar dari posisi.

Kemampuan Ghaddar mengelecek digunakan sepenuhnya oleh Bojan Hodak dengan meletakkan Ghaddar sedikit ke bawah untuk memperbanyakan gerakan pass and move dari kawasan tengah padang ke penalty box.

Dengan Piya bertindak cemerlang selaku box-to-box midfielder yang merantai pergerakan playmaker Arema (Roman Chemelo) Ini memberikan Shakir lebih banyak ruang untuk menghantar direct ball kepada kedua-dua winger atau target man (Antwi) 

Daudsu yang lebih kepada seorang wing back bertukar-tukar tempat dengan Chanturu ketika Kelantan menyerang dan menerima counter-attack. Larian laju Chanturu dimanfaatkan sepenuhnya manakala di posisi kiri. Subra yang lebih kepada seorang static left back tidak memerlukan bantuan daripada Azwan Roya.

Fakta Menarik :
- Sudah hampir 10 perlawanan Kelantan turun tanpa kelibat key player seperti Khairul Fahmi dan Norshahrul.
- Ghaddar muncul pemain pertama menjaringkan hattrick untuk pasukan Kelantan pada tahun 2012 dan juga dalam saingan AFC.
- Pemain muda daripada pasukan Piala Presiden, Faizol Nazlin melakukan debut pertama bersama pasukan senior.